NKRA LINUS2.0.

LINUS ialah akronim atau singkatan bagi "Literacy and Numeracy Screening”. LINUS2.0 merupakan program yang dirangka untuk membolehkan asas literasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran numerasi (Matematik) semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira). Pelaksanaan Literasi Bahasa Melayu dan Numerasi serta Pelaksanaan Literasi Bahasa Inggeris mulai Tahun 2013. Kejayaan pelaksanaan program tersebut, maka inisiatif ini diteruskan di bawah NKRA Pendidikan-Program GTP2.0, tetapi mulai tahun 2013 diperluaskan skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen Literasi, manakala komponen numerasi kekal seperti sedia ada. Murid akan dikategorikan kepada Menguasai dan Tidak Menguasai. Mereka tidak lagi dikategorikan sebagai murid Arus Perdana, LINUS dan LINUS Tegar. Murid Menguasai ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

Rabu, 13 Disember 2017

BAHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL.3/2017

Tuan/Puan,
Berikut adalah bahan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 Bilangan 3 bagi tahun 2017 yang telah dijalankan pada 8 Disember 2017 yang lepas. Mohon Pengerusi kelompok memuat turun borang makum balas dan mengisi maklumbalas minit mesyuarat melalui google docs dalam masa 14 hari sebelum atau pada tarikh 27 Disember 2017.
Terima Kasih,

Yang menurut perintah,
'Aishah binti Mohamad
Setiausaha Jawatankuasa LINUS2.0 Daerah Kuala Kangsar.

POWERPOINT PEMBENTANGAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL.3
PK15-1 MAKLUM BALAS MESYUARAT

Rabu, 6 Disember 2017

PENANGGUHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL3/2017 DAERAH KUALA KANGSAR

PENANGGUHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL3/2017 DAERAH KUALA KANGSAR

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

 2.         Sukacita dimaklumkan, merujuk surat PPD.KK 05/01/10 Jld.11 (64) bertarikh 30 November 2017 bersamaan 11 Rabiul Awal 1439H berkenaan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 bil. 3/2017 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang dijadualkan berlansung pada 7 Disember 2017, telah diubah ke tarikh dan ketentuan berikut:

2.1        Tarikh              :  8 Disember 2017 (JUMAAT)           
2.2        Masa                :  3:00  5:00 petang
            
2.3        Tempat             :  Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar            
2.4        Pengerusi        :  Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.         Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1        Perutusan Pengerusi            
3.2        Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil. 2/2017            
3.3        Perkara berbangkit            
3.4        Pembentangan Laporan LINUS2.0            
3.5        Hal-hal lain            
3.6        Penutup

4.         Sehubungan dengan itu tuan dijemput hadir ke mesyuarat yang dinyatakan. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada En. Samsol bin Awang, Pegawai FasiLINUS di talian    05-7761184 / 017-5177190.

Sekian, terima kasih.


Attachments:
FileDescriptionFile size
EDARAN MESY JK LINUS.pdf234 kB

Isnin, 4 Disember 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL.3/2017 DAERAH KUALA KANGSAR

SEPERTI EDARAN
Pengerusi/Wakil Kelompok
Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis Guru Besar
Daerah Kuala Kangsar

Tarikh : 7 Disember 2017
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar
Pengerusi : Tuan PPD Kuala Kangsar PAUTAN MUAT TURUN SURAT SIARAN POWERPOINT PEMBENTANGAN DATA TIDAK CAPAI KPI IKUT KELOMPOK